Wednesday, August 11, 2010

CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

1.MEMILIH DIKSI SECARA BERHATI-HATI
-Buktikan kepada ayah dan ibu, segulung ijazah dibawa pulang.

2.BERNADA PUITIS
-Amanat Allah harus dijaga, lahirnya belia penggerak wawasan.

3.BERSIFAT IMAGINATIF DAN FIGURATIF
-Berkat usaha hidup terbela.

4.BERSIFAT KOMUNIKATIF
-Tetapkan matlamat azam menggunung, nescaya kejayaan menyusur tiba.

5.BERNADA PUITIS
-Makan kurma berbuka puasa, dihidang bersama kuih berinti,beramal sedekah setiap masa,kelak hidup akan diberkati.

Wednesday, August 4, 2010

PANTUN NASIHAT SEBAGAI PEDOMAN

Pergi melancong ke Bandar Sibu,
Singgah sebentar di Bumi Kenyalang,
Buktikan kepada ayah dan ibu,
Segulung ijazah dibawa pulang.

Buah pala di dalam raga,
Ambil sebiji untuk dimakan,
Amanat Allah harus dijaga,
Lahirnya belia penggerak wawasan.

Dari Acheh menuju Patani,
Sambil berdagang kain sutera,
Yakinkan diri cekalkan hati,
Berkat usaha hidup terbela.

Duduk bersembang di tepi anjung,
Terkenangkan anak jauh di kota,
Tetapkan matlamat azam menggunung,
Nescaya kejayaan menyusur tiba.

Ulat bertenggek di pohon kelapa,
Bertemankan pula si burung nuri,
Janganlah lalai dan mudah alpa,
Kelak bencana menimpa diri.

Makan kurma berbuka puasa,
Dihidang bersama kuih berinti,
Beramal sedekah setiap masa,
Kelak hidup akan diberkati.

Kain songket dibuat hiasan,
Hasil tenunan cantik berseri,
Ringankan beban sesama insan,
Bukan mencerca pentingkan diri.

Anak kecil bawah jagaan,
Alahai congkak penggemar pemudi,
Biasalah hidup penuh dugaan,
Kerana Allah sentiasa menguji.