Saturday, October 16, 2010

PEMERENGGANAN

MENCARI DINAMIK POLITIK KAMPUS”
  PEMERENGGANAN

                   1.   AYAT TESIS
 -     Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.  Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakamn penderian mereka.

2.               2.   AYAT TOPIK
 -    Sudut pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya  di semua kampus adalah  gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. (perenggan ke 3)

-        Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar MPP yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertumbuhan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.(perenggan ke 4)

-       …penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak.  Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.(perenggan ke 2 – pilihan raya kampus)

3.             3.  (a)PERENGGAN DEDUKTIF
             -    Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan  MPP kerana ia  adalah satu  proses  demokrasi yang sewajarnya member pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar.  Disinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi  seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin.(perenggan ke 2 - terima cadangan)
              (b)PERENGGAN INDUKTIF
           -    Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan  maklumat dan penggunaan teknologi.  Apa yang penting jelasnya kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan.  Tegas beliau apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung  dengan keyakinan, ia pasti mengundang masalah.(perenggan ke 3 - pilihan raya kampus)
              (c)PERENGGAN DEDUKTIF KOMPLEKS
              -    Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui.  Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada.  Seperi pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam “gedung ilmu”.  Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.(perenggan ke 4 - pilihan raya kampus)

        4.   PERENGGAN PENGENALAN
            -   Menggunakan kontras keadaan – Fenomena “the angry young man” atau  golongan muda yang  marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.(perenggan 1)

        5.  PERENGGAN PENUTUP
            -   Perpecahan dalam kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki.  Meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan, pelajar harus tahu di mana mereka perlu bersatu.  Pertikaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka ke mana-mana.(perenggan ke 3 - label calon)

         6.  PERENGGAN TRANSISI
            -   Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa pandangan bagi memantapkan pelaksaan pemilihan MPP.  Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.(perenggan pertama - terima cadangan)


          7.  PERENGGAN DIALOG
            -  Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa  proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam “gedung ilmu”.(perenggan ke 4 – pilihan raya kampus)

          8.  CIRI PERENGGAN YANG BAIK
          -  Kepautan – Apa yang menarik, semua calon yang bertanding terdiri daripada pelajar awam sahaja.  Bagaimanapun pegawai kadet tedak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.  Dilaporkan 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 februari lalu.(perenggan ke 2 –pengalaman baru)

           -    Kejelasan – Pihak Kementerian Pengajian tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan  MPP.  Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.(perenggan petama – terima cadangan)

           -    Kesatuan – Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warga negara yang baik, bertanggungjawab dan budiman.  Lebih penting mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.(perenggan ke 3 – terima cadangan)

         9.  TEKNIK MENSTRUKTURKAN IDEA
           -  Teknik perbandingan – Kepada ahli MPP yang berjaya dan diamanahkan, penuhilah  kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan.  Jawatan bukanlah alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi.(peranggan ke 4 – label calon)

           -  Teknik proses – Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetangah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu.  Sebanyak tiga belas lerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukkan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.(perenggan pertama – pengalaman baru)

           -  Teknik sebab dan akibat – Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding.  Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar.  Sebaliknya ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus.  Jika sbelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam linkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian social antara mereka.(perenggan ke 3 – pengalaman baru)
  

Thursday, September 23, 2010

TITANIC

ULASAN FILEM TITANIC


Filem ini mengisahkan percintaan yang wujud tanpa dirancang yang melibatkan dua pihak yang berbeza darjat.  Percintaan mereka dihalang oleh ibu kapada Rose iaitu Ruth. Rose telah bertunang dengan Caledon yang merupakan pilihan ibunya dan memaksa Rose berkahwin kerana mereka telah mengalami masalah kewangan yang meruncing dan tidak sanggup meninggalkan kehidupan yang mewah.  Pada hakikatnya Rose tidak mencintai Caledon.  Mereka menaiki kapal kelas pertama.  Seterusnya Jack Dawson lelaki yang dicintai oleh Rose menaiki kapal kelas ketiga setelah memenangi perjudian porker.  Pertemuan diantara Rose dan Jack telah mewujudkan rasa cinta yang berputik di hati. Buktinya ikatan mereka semakin kuat apabila mereka melarikan diri dari jamuan makan malam kelas pertama.  Kali pertama mereka berjumpa adalah semasa Rose cuba bertindak membunuh diri untuk terjun dari kapal.   Caledon tidak berputus asa dalam mencari kesalahan yang dilakukan oleh Rose beliau juga seorang yang sombong, tamak dan mementingkan diri sendiri.  Di dalam bilik Rose, Rose meminta Jack melukis potretnye sambil memakai kalung berwarna biru.  Dalam pada masa yang sama perbuatan mereka disedari oleh Calelon dan cuba membuat fitnah terhadap jack berkenaan kalung yang didapati hilang setelah Caledon sendiri menyorok kalung kedalam baju jack.  Jack dikurung dan
digari dalam bilik bawah kapal.  Semasa konflik ini berlaku pada masa yang sama kapal mewah tersebut telah melanggar bongkah iceberg menyebabkan kapal tersebut bocor dan pecah dan menyebabkan kapal menjadi karam selepas terbelah dua.  Hakikatnya Jack berjaya diselamatkan oleh Rose.  kanak-kanak dan orang tua ramai yang turut terkorban.  Rose diselamatkan oleh Jack semasa berada diatas prmukaan air denagn membenarkan Rose duduk diatas kepingan papan dan Jack sanggup kesejukan berada di dalam permukaan air.  Akhirnya Jack mati akibat kesejukan kerana bantuan lambat tiba.  Rose telah berjanji dengan Jack untuk meneruskan kehidupan hingga ke akhir hayat.
            Saya amat meminati cerita ini kerana teknik-teknik yang digunakan dalam filem ini telah membantu saya memahami filem ini dant memuaskan hati saya.  Kerja-kerja lampu sangat jelas dan kemas terhadap situasi yang ditunjukkan di hujung sudut kapal antara Jack dengan Rose.  Gerakan kamera cekap terhadap perubahan situasi filem sama ada dalam keadaan konflik seperti kapal karam dan keadaan formal semasa jamuan makan malam kelas ketiga.
            Maklumat-maklumat yang dapat dikemukakan berkaitan filem ini adalah berkenaan dengan pengarah utama filem ini iaitu James Cameron yang dapat meraih ramai penonton dan penglibatan artis seperti Leonardo Dicaprio.
             Tahap persembahan terhadap mutu lakonan aktres antara watak adalah baik, teratur dan menonjolkan peranan yang memberangsangkan.  Persembahan tersebut juga membuatkan penonton teruja dan terpegun.
             Filem ini haruslah ditonton kerana penyampaian motif utama ialah dalam percintaan tidak mengira darjat atau kedudukan seseorang.  Pengorbanan yang dilakukan adalah cukup besar dan memberi fahaman yang jelas kepada penonton untuk berfikir secara rasional dan menghargai seseorang yang menyayangi diri kita lebih dari segala-galanya.  Sikap sombong dan angkuh yang dibawa watak oleh Caledon tidak harus dicontohi oleh sesiapa pun.



Wednesday, August 11, 2010

CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

1.MEMILIH DIKSI SECARA BERHATI-HATI
-Buktikan kepada ayah dan ibu, segulung ijazah dibawa pulang.

2.BERNADA PUITIS
-Amanat Allah harus dijaga, lahirnya belia penggerak wawasan.

3.BERSIFAT IMAGINATIF DAN FIGURATIF
-Berkat usaha hidup terbela.

4.BERSIFAT KOMUNIKATIF
-Tetapkan matlamat azam menggunung, nescaya kejayaan menyusur tiba.

5.BERNADA PUITIS
-Makan kurma berbuka puasa, dihidang bersama kuih berinti,beramal sedekah setiap masa,kelak hidup akan diberkati.

Wednesday, August 4, 2010

PANTUN NASIHAT SEBAGAI PEDOMAN

Pergi melancong ke Bandar Sibu,
Singgah sebentar di Bumi Kenyalang,
Buktikan kepada ayah dan ibu,
Segulung ijazah dibawa pulang.

Buah pala di dalam raga,
Ambil sebiji untuk dimakan,
Amanat Allah harus dijaga,
Lahirnya belia penggerak wawasan.

Dari Acheh menuju Patani,
Sambil berdagang kain sutera,
Yakinkan diri cekalkan hati,
Berkat usaha hidup terbela.

Duduk bersembang di tepi anjung,
Terkenangkan anak jauh di kota,
Tetapkan matlamat azam menggunung,
Nescaya kejayaan menyusur tiba.

Ulat bertenggek di pohon kelapa,
Bertemankan pula si burung nuri,
Janganlah lalai dan mudah alpa,
Kelak bencana menimpa diri.

Makan kurma berbuka puasa,
Dihidang bersama kuih berinti,
Beramal sedekah setiap masa,
Kelak hidup akan diberkati.

Kain songket dibuat hiasan,
Hasil tenunan cantik berseri,
Ringankan beban sesama insan,
Bukan mencerca pentingkan diri.

Anak kecil bawah jagaan,
Alahai congkak penggemar pemudi,
Biasalah hidup penuh dugaan,
Kerana Allah sentiasa menguji.