Thursday, September 23, 2010

TITANIC

ULASAN FILEM TITANIC


Filem ini mengisahkan percintaan yang wujud tanpa dirancang yang melibatkan dua pihak yang berbeza darjat.  Percintaan mereka dihalang oleh ibu kapada Rose iaitu Ruth. Rose telah bertunang dengan Caledon yang merupakan pilihan ibunya dan memaksa Rose berkahwin kerana mereka telah mengalami masalah kewangan yang meruncing dan tidak sanggup meninggalkan kehidupan yang mewah.  Pada hakikatnya Rose tidak mencintai Caledon.  Mereka menaiki kapal kelas pertama.  Seterusnya Jack Dawson lelaki yang dicintai oleh Rose menaiki kapal kelas ketiga setelah memenangi perjudian porker.  Pertemuan diantara Rose dan Jack telah mewujudkan rasa cinta yang berputik di hati. Buktinya ikatan mereka semakin kuat apabila mereka melarikan diri dari jamuan makan malam kelas pertama.  Kali pertama mereka berjumpa adalah semasa Rose cuba bertindak membunuh diri untuk terjun dari kapal.   Caledon tidak berputus asa dalam mencari kesalahan yang dilakukan oleh Rose beliau juga seorang yang sombong, tamak dan mementingkan diri sendiri.  Di dalam bilik Rose, Rose meminta Jack melukis potretnye sambil memakai kalung berwarna biru.  Dalam pada masa yang sama perbuatan mereka disedari oleh Calelon dan cuba membuat fitnah terhadap jack berkenaan kalung yang didapati hilang setelah Caledon sendiri menyorok kalung kedalam baju jack.  Jack dikurung dan
digari dalam bilik bawah kapal.  Semasa konflik ini berlaku pada masa yang sama kapal mewah tersebut telah melanggar bongkah iceberg menyebabkan kapal tersebut bocor dan pecah dan menyebabkan kapal menjadi karam selepas terbelah dua.  Hakikatnya Jack berjaya diselamatkan oleh Rose.  kanak-kanak dan orang tua ramai yang turut terkorban.  Rose diselamatkan oleh Jack semasa berada diatas prmukaan air denagn membenarkan Rose duduk diatas kepingan papan dan Jack sanggup kesejukan berada di dalam permukaan air.  Akhirnya Jack mati akibat kesejukan kerana bantuan lambat tiba.  Rose telah berjanji dengan Jack untuk meneruskan kehidupan hingga ke akhir hayat.
            Saya amat meminati cerita ini kerana teknik-teknik yang digunakan dalam filem ini telah membantu saya memahami filem ini dant memuaskan hati saya.  Kerja-kerja lampu sangat jelas dan kemas terhadap situasi yang ditunjukkan di hujung sudut kapal antara Jack dengan Rose.  Gerakan kamera cekap terhadap perubahan situasi filem sama ada dalam keadaan konflik seperti kapal karam dan keadaan formal semasa jamuan makan malam kelas ketiga.
            Maklumat-maklumat yang dapat dikemukakan berkaitan filem ini adalah berkenaan dengan pengarah utama filem ini iaitu James Cameron yang dapat meraih ramai penonton dan penglibatan artis seperti Leonardo Dicaprio.
             Tahap persembahan terhadap mutu lakonan aktres antara watak adalah baik, teratur dan menonjolkan peranan yang memberangsangkan.  Persembahan tersebut juga membuatkan penonton teruja dan terpegun.
             Filem ini haruslah ditonton kerana penyampaian motif utama ialah dalam percintaan tidak mengira darjat atau kedudukan seseorang.  Pengorbanan yang dilakukan adalah cukup besar dan memberi fahaman yang jelas kepada penonton untuk berfikir secara rasional dan menghargai seseorang yang menyayangi diri kita lebih dari segala-galanya.  Sikap sombong dan angkuh yang dibawa watak oleh Caledon tidak harus dicontohi oleh sesiapa pun.



2 comments:

  1. salam...

    cerita yang sangat menyayat hati dan penuh dengan kesan khas yang mengagumkan..saya amat menggemari cerita ini..~

    ReplyDelete
  2. amboi saudara khairi jiwang dengan cerita ini..

    i jump u jump..

    satu ulasan yang mantap...teruskan berkarya

    ReplyDelete